TAJUK: HARI KEUSAHAWANAN PPKI SK TAMAN BUKIT SUBANG
HARI: RABU
TARIKH: 28.02.2018
MASA: 9.20AM - 1.30 PM
SASARAN: SEMUA WARGA SEKOLAH
1.KEROPOK LEKOR
2.SATE KEBAB
3.AIR DI HERBSS MELETOPSS
4.AISKRIM SHAH ALAM
5.BURGER MINI MARVELES
6.MAKANAN RINGAN
7.ROJAK BUAH
8.POP CORN
9. SANDWISH
Ada diantara menu-menu diatas adalah sumbangan daripada ibubapa untuk dijual. Terima Kasih Daun Keladi diatas sumbangan tersebut.
Dengan kerjasama daripada semua guru ppki dan khidmat sokongan daripada ibubapa murid ppki SKTBS dapat melaksanakan program hari keusahawanan ini dengan jayanya. Objektif utama program ini duadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid untuk berniaga disamping berinteraksi dan bersosial dengan murid-murid lain.selain itu murid juga dapat memahami konsep berjual beli. selain itu untuk meningkatkan sikap keyakinan diri dalam diri murid-murid ppki.
Pelbagai aksi dan gelagat dapat dilihat melalui program ini. Ternyata murid ppki juga tidak kurang hebat dalam berniaga. Walaupun ada diantara mereka yang masih takut-takut apabila berinteraksi. Adalah diharapkan program seperti ini dapat dijalankan setiap tahun agar murid ppki sentiasa diberi ruang dan peluang untuk bersosial bersama masyarakat luar selain drpd membina keyakinan dalam diri sendiri.
Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir sekolah kerana sentiasa memberikan kami peluang untuk menjalankan aktiviti yang membawa manfaat kepada murid dan sentiasa menyokong kami. Terima kasih juga kepada guru-guru ppki diatas jasa dan pengorbanan kalian.
![]() |
antara ibubapa yang berkelapangan untuk hadir membantu..terima kasih daun keladi |
![]() |
Customer pertama: En Jaafar bin Hashim PK Pentadbiran Sekolah. |
![]() |
PK Kokurikulum Puan Norsaliana.. Tq puan support kami :) |
![]() |
Menu tradisi..sate kebab..terlajak laris |
Segala makanan yang diniagakan telah habis dijual pada masa yang telah ditetapkan. permintaan daripada murid juga amat tinggi dan meminta kami untuk membuat jualan setiap hari.. :) Segala wang keuntungan Hari Keusahawanan ini akan dijadikan dana untuk program2 ppki pada tahun ini.