Monday, 18 July 2011

Wednesday, 13 July 2011

LUAHAN HATI ANAK MURID MU CIKGU...

Janganlah dipekikkan ke telingaku lagi,
kata-kata nista itu
ia buat hatiku terusik
ia buat jasadku menjadi lemah
aku tahu kejahilanku
akalku lemah untuk menerima
walau telah sedaya upaya aku mencuba
 namun kecundang jua di pehujungnya
lalu...
Masih bersalahkah aku,
Masih layakkah aku dicemuh begitu
Di hadapan rakan-rakanku,
Tolong Cikgu!
Kata-kata nista itu tidak layak untukku
Untuk Aku yang serba kekurangan ini
Untuk aku yang bergelar anak muridmu,


aku juga ingin sepintar mereka yang lain
yang pantas mengira apabila diminta
yang hebat dalam membina ayat
Yang kuat ingatan dalam menghafal,


aku tidak sebanding mereka semua,
Tapi cikgu...
Aku kenal huruf A,
Aku kenal huruf Alif, Ba dan Ta
Aku boleh membaca dua suku kata


Aku anak muridmu cikgu
Yang mungkin terpinggir dalam perjalanan
yang tersandung kaki semasa berlari,
yang Tergelincir ketika cuba mendaki,


Tapi aku masih mencuba untuk bangun
Berlari seperti mereka
mendaki seperti mereka
dan di suatu masa
Aku ingin menjadi insan berguna,


Kasihanilah aku cikgu,
sebagaimana engkau mengasihani mereka
Doakanlah aku cikgu
Sebagaimana engkau selalu mendoakan kejayaan


Terima Kasih

tetamu besar...

Assalamualaikum..insyaallah esok kami pihak PPKI akan menerima tetamu besar...dari Terengganu...Semoga semua berjalan lancar Amin...